
Pihak Pengurusan Akademi YAS-MUIP telah mengadakan satu sesi pendedahan berkaitan pengurusan emosi yang bertempat di Perpustakaan Anggerik AY-M. Program ini juga bertujuan memberikan pendedahan serta bimbingan menyeluruh mengenai ujian psikometrik kepada pelajar-pelajar AY-M.
Program ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Cikgu Azwani binti Abdul Hamid (Guru Bimbingan & Kaunseling dari SMA Al-Maarif, Kuantan) dan Puan Nurul Atieqah binti Abdul Khilid (Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang). Turut hadir sama menjayakan program ini ialah Puan Dura Wahida binti Mohd Nordin (Pengurus Akademi YASA-MUIP) serta kakitangan AY-M.
Sesi ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara mengurus emosi secara sihat serta kepentingan Ujian Psikometrik dalam mengenali potensi, minat, dan hal tuju diri pelajar.
Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Semoga pendedahan ini memberi inspirasi dan kebaikan kepada para pelajar untuk membina sahsiah diri yang cemerlang serta potensi yang hebat.
“πΌππΌπΏπππ ππΌππΌ-ππππ, ππππΌπΎπ πππΌππΌπ ππππΌππΌ ππΌπΏπππ”