Pengenalan

Tahun Penubuhan
0 +

Pengenalan PEKAYA

PEKAYA adalah singkatan kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang. PEKAYA merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 8 Julai 2001 dengan nombor pendaftaran 976 di negeri Pahang.

  • Membina masa depan dengan kebajikan anak yatim di Negeri Pahang.
  • Menyelaras program dan aktiviti rumah-rumah gabungan PEKAYA di peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Memperkasakan kualiti tadbirurus rumah-rumah gabungan PEKAYA.
  • Mempertingkat ekonomi PEKAYA serta rumah-rumah gabungan PEKAYA.

PEKAYA sentiasa berusaha membina sahsiah anak-anak istimewa ini melalui pendidikan dan pelbagai aktiviti dengan sasaran melahirkan golongan profesional dalam bidang tertentu, menguasai ilmu dan kemahiran, berakhlaq mulia, berdaya maju serta berdaya saing, berjasa kepada bangsa, agama dan negara.

PEKAYA sentiasa beusaha membangun dan mengembangkan potensi golongan anak yatim dan miskin agar mampu menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Tujuan PEKAYA diwujudkan

I

Menjaga kebajikan anak-anak yatim di negeri Pahang

II

Menggabungkan rumah-rumah anak yatim bagi tujuan menyelaraskan program dan aktiviti rumah-rumah gabungan.

III

Membantu mempertingkatkan tadbirurus rumah-rumah gabungan

IV

Menjadi pengkalan bagi membantu, menyelaras dan memudahkan urusan sumbangan dana dan lain-lain kepada rumah gabungan.

Rumah gabungan di bawah PEKAYA

Sehingga bulan Oktober 2025, sebanyak 9 buah rumah anak-anak yatim telah bergabung di bawah PEKAYA.

wallpaperflare.com_wallpaper

Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar

baitulmukmin

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Baitul Mukmin

muhammadi

Maahad Tahfiz Muhammadi

yasa

Akademik YASA-MUIP

kauthar

Rumah Anak Yatim Al-Kauthar

baitulhusna

Rumah Anak Yatim Baitul Husna