Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh Program : 9 May 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐂𝐄𝐁𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌𝐀𝐍 – 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐅𝐓𝐃𝐌 & 𝐅𝐄𝐆𝐒

Akademi YASA-MUIP telah dijemput oleh Fakulti Teknologi, Reka Bentuk dan Pengurusan (FTDM) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Pengajian Umum (FEGS), UCYP University telah berjaya menganjurkan program “Secebis Kasih, Sejuta Senyuman” bertempat di Auditorium Main Campus, UCYP University. Program ini merupakan inisiatif integrasi akademik yang menggabungkan kursus Business Communication (ABB3773) dan Sains Kekeluargaan Islam (MPU3352).
Program ini dirancang khusus bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan komunikasi profesional yang disulami dengan nilai-nilai murni kekeluargaan Islam. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar berpeluang mengasah kemahiran berinteraksi dengan lebih yakin serta memahami tanggungjawab sosial terhadap komuniti.
Sepanjang program berlangsung, pelajar AY-M telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta penglibatan aktif dalam setiap slot yang disediakan. Suasana di auditorium dipenuhi dengan semangat kerjasama antara fakulti, selaras dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang seimbang dari aspek intelek dan sahsiah.
Semoga program ini dapat memberikan impak yang mendalam serta nilai tambah kepada para pelajar, seterusnya melahirkan modal insan yang berketrampilan, berempati, dan kompetitif dalam mendepani cabaran masa hadapan.
“𝑨𝑲𝑨𝑫𝑬𝑴𝑰 𝒀𝑨𝑺𝑨-𝑴𝑼𝑰𝑷, 𝑷𝑬𝑴𝑨𝑪𝑼 𝑲𝑬𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑹𝑨 𝑮𝑨𝑫𝑰𝑵𝑮”

Kategori Berkaitan

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 (𝐉𝐏𝐍𝐏)
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 14/08/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 & 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐓𝐈𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 (𝐏𝐒𝐃𝐂)
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 08/08/2026
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 : 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 06/05/2026
UNIT AKADEMIK : ACADEMY QUEST
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 18/04/2026
MODUL 5: MODUL KEMAHIRAN INSANIAH (SIRI 1) KURSUS ASAS BAHASA ARAB
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 19/04/2026
MAJLIS ANUGERAH AY-M PELAJAR CEMERLANG SPM 2025
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026