Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 17 March 2026

MAJLIS IFTAR PERDANA

KUANTAN, 17 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana pada hari ini bersamaan 28 Ramadan 1447H yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana kekeluargaan.

Majlis yang diadakan di Dewan Makan Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan, Pahang ini telah diraikan bersama keluarga anak-anak Permata Camar. Program dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kompleks, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, diikuti oleh Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan iftar serta solat tarawih bersama-sama. Program diakhiri dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak serta para staf, dan anak-anak turut dibenarkan pulang ke rumah bersama keluarga masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Majlis ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah antara pihak kompleks dan keluarga anak-anak, di samping mewujudkan suasana kasih sayang serta kebersamaan dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan ukhuwah serta kebajikan anak-anak di bawah jagaan kompleks ini.

Kategori Berkaitan

MAJLIS HARI RAYA PASFA BERSAMA SULTAN PAHANG
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 07/04/2026
PROGRAM TADABBUR & JAMUAN RAYA AIDILFITRI BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 06/04/2026
Majlis Iftar Ramadan bersama Penaja
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 15/03/2026
Program Menyantuni Anak Yatim & Iftar Ramadan daripada Mahasiswa Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 08/03/2026
Program STEM dan Majlis Iftar Ramadan bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 07/03/2026
MAJLIS BERBUKA PUASA DI PADANG MBK
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 04/03/2026