
KUANTAN, 15 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah menerima jemputan Majlis Iftar Ramadan yang ditaja oleh Puan Hanie dan Encik Ayie pada hari ini bersamaan 25 Ramadan 1447H.
Majlis berlangsung di Mega View Hotel dengan kehadiran anak-anak dari Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar yang diraikan dalam suasana penuh kemesraan oleh penaja.
Sepanjang program berlangsung, anak-aanak menikmati hidangan berbuka puasa secara bufet yang disediakan oleh pihak hotel. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Puan Hanie dan Encik Ayie kepada anak-anak Permata Camar sebagai tanda penghargaan dan kenangan bersama.
Majlis ini diadakan bagi berkongsi rezeki serta menyemai kegembiraan bersama anak-anak yatim dan golongan miskin di Permata Camar, di samping memberikan sumbangan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hanie dan Encik Ayie atas keprihatinan serta kesudian menaja majlis berbuka puasa ini. Semoga segala sumbangan dan kebaikan yang diberikan menjadi saham akhirat, serta dilimpahkan rezeki, keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan