Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh Program : 15 April 2026

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AY-M 2026

15 April 2026 bersamaan 26 Syawal 1447 Hijrah
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AKADEMI YASA-MUIP.
Pihak Pengurusan Akademi YASA-MUIP telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Akademi YASA-MUIP yang bertempat di Koloseum Bunga Raya AY-M.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain selaku Pengerusi Akademi YASA–MUIP. Turut hadir YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Akademi YASA–MUIP; YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang; YBrs. Encik Khairul Amri bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang; serta YBrs. Tuan Haji Ahmad Zamri Bin Md. Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. ACP Dr Megat Ayop bin Megat Arifin, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Pahang, Wakil Ketua Polis Pahang; YBrs. Puan Hajah Rubiah Binti Sidin, Ahli Lembaga Pengurus Akademi YASA–MUIP; YBrs. Puan Nur Mahirah Binti Zainudin, Bendahari Akademi YASA–MUIP; serta YBrs. Puan Dura Wahida Binti Mohd Nordin, Pengurus Akademi YASA–MUIP.
Turut hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Dan Dasar) YBrs En. Khairuddin Bin Ismail, Ahli Lembaga Pengurus AY-M, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Unit Bahagian MUIP, tenaga-tenaga pengajar Akademi YASA-MUIP dan tetamu-tetamu jemputan yang lain.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran para ibu-bapa dan penjaga pelajar Akademi YASA-MUIP yang bersama-sama datang meraikan Majlis Jamuan Hari Raya bersama anak-anak.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di atas peruntukan yang disalurkan kepada Pengurusan Akademi YASA-MUIP. Tidak lupa juga diucapkan kepada semua kakitangan dan pelajar-pelajar AY-M yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Akademi YASA-MUIP pada kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan kekal selamanya.
“AKADEMI YASA-MUIP, PEMACU KEARAH MENARA GADING”

Kategori Berkaitan

UNIT AKADEMIK : ACADEMY QUEST
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 18/04/2026
MODUL 5: MODUL KEMAHIRAN INSANIAH (SIRI 1) KURSUS ASAS BAHASA ARAB
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 19/04/2026
MAJLIS ANUGERAH AY-M PELAJAR CEMERLANG SPM 2025
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026
UNIT KESELAMATAN: GOTONG-ROYONG MEGA AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 29/03/2026
UNIT PENTADBIRAN: MAJLIS BERBUKA PUASA AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 13/03/2026
UNIT KEROHANIAN : MAJLIS KHATAM QURAN AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 13/03/2026