
KUANTAN, 23 Jun – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar menerima kunjungan rombongan Kelas Dhuha dari Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Jun 2026 bersamaan 7 Muharram 1448H.
Lawatan ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah penubuhan Permata Camar serta mengikuti perkongsian mengenai perjalanan pembangunan kompleks ini daripada peringkat awal sehingga ke tahap yang ada pada hari ini.
Pihak Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian rombongan meluangkan masa berkunjung dan menjalin ukhuwah bersama warga Permata Camar. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada usaha-usaha kebajikan dan pembangunan pada masa akan datang.
Terima kasih atas kunjungan dan semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan.
