Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATAΒ CAMAR
Tarikh Program : 6 April 2026

PROGRAM TADABBUR & JAMUAN RAYA AIDILFITRI BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF

KUANTAN, 5 April – Program Tadabbur & Jamuan Raya Aidilfitri bersama anak yatim dan asnaf telah diadakan pada 5 April 2026 bersamaan 17 Syawal 1447H bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Program ini melibatkan jemputan khas, anak-anak yatim dan golongan asnaf Permata Camar serta beberapa rumah gabungan lain. Ia merupakan hasil tajaan Ex-SMTA dan dianjurkan bersama oleh Al-Jaafar Centre, Team Ustazah Hazimin.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menghayati kisah-kisah dalam al-Quran sebagai panduan dalam mendidik jiwa, di samping meraikan bulan Syawal bersama anak-anak yatim daripada pelbagai rumah kebajikan.

Majlis dimulakan dengan sesi tadabbur al-Quran yang disampaikan oleh Ustazah Hazimin sehingga waktu Maghrib. Seterusnya, program diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Hadzmie dan Ustaz Firdaus, diikuti dengan solat Isyak serta solat hajat secara berjemaah.

Majlis kemudiannya diserikan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri serta penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang. Program berakhir dengan suasana penuh kegembiraan dan ukhuwah sebelum para hadirin bersurai.

Kategori Berkaitan

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„π‚π„ππˆπ’ πŠπ€π’πˆπ‡, 𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 π’π„ππ˜π”πŒπ€π – 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 π…π“πƒπŒ & 𝐅𝐄𝐆𝐒
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 09/05/2026
πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ€πŠπˆπ“π€ππ†π€π : πŠπ„π‘π‰π€π˜π€ π’π„ππ€π†π€πˆ πˆππ€πƒπ€π‡
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 06/05/2026
UNIT AKADEMIK : ACADEMY QUEST
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 18/04/2026
MODUL 5: MODUL KEMAHIRAN INSANIAH (SIRI 1) KURSUS ASAS BAHASA ARAB
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 19/04/2026
MAJLIS ANUGERAH AY-M PELAJAR CEMERLANG SPM 2025
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026