PEKAYA adalah singkatan kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang. PEKAYA merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 8 Julai 2001 dengan nombor pendaftaran 976 di negeri Pahang.
PEKAYA sentiasa berusaha membina sahsiah anak-anak istimewa ini melalui pendidikan dan pelbagai aktiviti dengan sasaran melahirkan golongan profesional dalam bidang tertentu, menguasai ilmu dan kemahiran, berakhlaq mulia, berdaya maju serta berdaya saing, berjasa kepada bangsa, agama dan negara.
PEKAYA sentiasa beusaha membangun dan mengembangkan potensi golongan anak yatim dan miskin agar mampu menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Menjaga kebajikan anak-anak yatim di negeri Pahang
Menggabungkan rumah-rumah anak yatim bagi tujuan menyelaraskan program dan aktiviti rumah-rumah gabungan.
Membantu mempertingkatkan tadbirurus rumah-rumah gabungan
Menjadi pengkalan bagi membantu, menyelaras dan memudahkan urusan sumbangan dana dan lain-lain kepada rumah gabungan.
Sehingga bulan Oktober 2025, sebanyak 9 buah rumah anak-anak yatim telah bergabung di bawah PEKAYA.





