Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 31 January 2026

Program Be A Buddy, Not A Bully

KUANTAN, 31 Januari 2026 —program bertemakan “Be A Buddy, Not A Bully” telah dianjurkan oleh Al Jaafar Center bertempat di Pantai Anak Air, Kuantan.

Program berbentuk ceramah pendidikan sosial ini telah disampaikan oleh Inspektor Nur Aishah binti A. Zukifli, Pegawai Penyiasat (Insp D11), Unit Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

 

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran tentang isu buli, keselamatan diri serta kepentingan membina hubungan sosial yang sihat dan berempati. Ia bukan sahaja disertai oleh penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Permata Camar Nadwah, malah turut dibuka kepada masyarakat setempat serta golongan sasar, menjadikannya satu platform perkongsian ilmu yang inklusif dan bermanfaat.

Diharapkan program seumpama ini dapat menyemai nilai empati, saling menghormati dan keberanian untuk menjadi sahabat yang baik, sekali gus membentuk komuniti yang lebih selamat dan prihatin.

 

Kategori Berkaitan

UNIT AKADEMIK : ACADEMY QUEST
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 18/04/2026
MODUL 5: MODUL KEMAHIRAN INSANIAH (SIRI 1) KURSUS ASAS BAHASA ARAB
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 19/04/2026
MAJLIS ANUGERAH AY-M PELAJAR CEMERLANG SPM 2025
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026
UNIT KESELAMATAN: GOTONG-ROYONG MEGA AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 29/03/2026
UNIT PENTADBIRAN: MAJLIS BERBUKA PUASA AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 13/03/2026