Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh Program : 15 April 2026

MAJLIS ANUGERAH AY-M PELAJAR CEMERLANG SPM 2025

15 April 2026 bersamaan 26 Syawal 1447 Hijrah
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2025 AKADEMI YASA-MUIP
Berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 Akademi YASA-MUIP yang bertempat di Perpustakaan Anggerik Akademi YASA-MUIP. Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan kejayaan serta menghargai pencapaian cemerlang para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025.
Majlis ini disempurnakan sendiri oleh YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, selaku Pengerusi Akademi YASA–MUIP. Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat termasuk YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Akademi YASA–MUIP; YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang; YBrs. Encik Khairul Amri bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang; YBrs. Tuan Haji Ahmad Zamri Bin Md. Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; YBrs. ACP Dr Megat Ayop bin Megat Arifin, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Pahang, Wakil Ketua Polis Pahang; YBrs. Puan Hajah Rubiah Binti Sidin, Ahli Lembaga Pengurus Akademi YASA–MUIP; YBrs. Puan Nur Mahirah Binti Zainudin, Bendahari Akademi YASA–MUIP; serta YBrs. Puan Dura Wahida Binti Mohd Nordin, Pengurus Akademi YASA–MUIP.
Selain memberi penghargaan atas usaha dan pencapaian akademik para pelajar, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga akademi, para jemputan, dan pelajar dalam suasana sambutan Aidilfitri yang penuh kemeriahan.
Majlis ini menjadi platform penting bagi pihak akademi untuk menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen para pelajar yang telah bertungkus-lumus mencapai keputusan yang membanggakan, selaras dengan matlamat organisasi dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.
Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat buat para pelajar untuk terus melangkah jauh dalam bidang akademik dan sahsiah di masa hadapan.
“AKADEMI YASA-MUIP, PEMACU KE ARAH MENARA GADING”

Kategori Berkaitan

UNIT AKADEMIK : ACADEMY QUEST
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 18/04/2026
MODUL 5: MODUL KEMAHIRAN INSANIAH (SIRI 1) KURSUS ASAS BAHASA ARAB
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 19/04/2026
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 15/04/2026
UNIT KESELAMATAN: GOTONG-ROYONG MEGA AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 29/03/2026
UNIT PENTADBIRAN: MAJLIS BERBUKA PUASA AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 13/03/2026
UNIT KEROHANIAN : MAJLIS KHATAM QURAN AY-M 2026
Oleh : AKADEMIK YASA-MUIP
Tarikh : 13/03/2026