Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 13 June 2026

KEM KEPIMPINAN INSPIRASI

KUANTAN, 13 Jun 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah menerima kunjungan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menjayakan Kem Kepimpinan Inspirasi yang berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 Jun 2026.

Program yang diadakan di Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan ini melibatkan penyertaan mahasiswa UMPSA sebagai fasilitator yang hadir bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bersama anak-anak di bawah jagaan kompleks tersebut.

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan oleh para fasilitator yang menerangkan tujuan pelaksanaan program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang kem berlangsung. Pelbagai pengisian berbentuk motivasi, pembangunan sahsiah, kerja berpasukan dan aktiviti interaktif telah dijalankan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang bermanfaat kepada para peserta. Program ini berakhir pada hari Ahad dengan majlis penutup, jamuan makan tengah hari dan sesi bersurai.

Kem ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah antara mahasiswa dan anak-anak di Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, di samping memberi pendedahan kepada aktiviti yang mampu membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk semangat kepimpinan dalam diri mereka. Program ini juga diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai cita-cita dan menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.

Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang dikongsikan dapat memberi manfaat berterusan kepada anak-anak serta menjadi amal kebajikan yang diberkati.

Kategori Berkaitan

No data was found