Sebuah pertubuhan kebajikan yang bertujuan membantu anak-anak yatim khasnya anak-anak yatim di Daerah Lipis, sejarah penubuhannya bermula daripada tahun 1999 lagi yang mana pelbagai usaha dijalankan bagi menjayakan proses penubuhan pertubuhan kebajikan kepada anak-anak yatim di Daerah Lipis ini. Perkataan Al-Ihsan telah diilhamkan oleh YAB Dato’ Amirhamzah Bin Ahmad sewaktu itu beliau adalah Ahli Parlimen Lipis. Beliau telah menyuarakan idea sebut dalam satu mesyuarat khas penubuhan pada 11hb Oktober 1999 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Lipis. Pada ketika itu, mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lipis ketika itu Tuan Haji Husin Bin Haji Mohd Diah.
Menjadi pertubuhan kebajikan yang mantap dan produktif serta berkemampuan membela masa depan anak-anak yatim Islam di daerah Lipis melalui peningkatan dan pencapaian diri mereka ke arah insan yang sempurna dan cemerlang.
Menggabungkan tenaga sukarela dan profesional untuk menggerakkan kegiatan yang mampu memberi pembelaan dalam pendidikan anak-anak yatim Islam di daerah Lipis.