Rumah Anak Yatim Al-Kauthar

Info Rumah

No 2 Lorong 41,

Taman Berjaya Permai,

25150

Kuantan

Galeri

Rumah Anak Yatim Al-Kauthar

No. Pendaftaran : PPM-012-06-16062015

17 orang

Jumlah Pelajar

1 orang

Pelajar Lelaki

16 orang

Pelajar Perempuan

9 orang

Sekolah Menengah

6 orang

Sekolah Rendah

Pengenalan

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang (Sahabat Muqarrabin) mula ditubuhkan pada Disember 2015. Pada awal penubuhannya adalah untuk menguruskan pusat jagaan anak yatim dan asnaf perempuan Permata Al Kauthar yang beralamat di No. 2 Lorong 41, Taman Berjaya Permai, Kuantan Pahang. Rumah kebajikan ini mula beroperasi pada 3 Januari 2016. Rumah ini diasaskan oleh En. Mahadi bin Hj. Deraman bersama Al Fadzil Ustaz Hamdan Yusi bin Mohd Yusof dan Ustaz Norhamizi bin Jamaludin serta dibantu oleh tuan rumah yang mewakafkan rumah ini untuk penempatan anak-anak yatim dan asnaf. Sistem pengajian kami berkonsepkan asrama di mana anak-anak belajar di sekolah berdekatan manakala di rumah anak-anak akan diajar pelajaran agama termasuklah hafazan Al Quran dan kelas pengajian agama Pertubuhan ini akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pusat penempatan yang lebih kondusif dan selesa agar kehidupan mereka akan terisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat yang boleh membina insan yang bertakwa. Insya Allah kami berusaha untuk membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak-anak asnaf yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agamanya. Kami berharap agar dengan usaha murni ini kehidupan mereka akan lebih terjamin pada masa depan

Visi

Membina jati diri dan potensi anak-anak yatim dan asnaf ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Menganjurkan aktiviti berunsurkan kebajikan dan pendidikan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah

Misi

Membela dan mendidik anak-anak yatim dan asnaf untuk mencipta masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang
Tiada program tersenarai
Tiada program tersenarai

Maklumat Bank

Nama Bank : Maybank
No. Akaun : 5560 1109 6804
Pilih Rumah Untuk Lawatan
Nama Badan / Individu Pemohon
Tujuan
Sila Nyatakan
Keterangan
Tarikh Cadangan
Nama PIC
No. Telefon PIC