Program Golf Amal PEKAYA Pahang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 21 September 2025, bersempena lawatan kebajikan ke Panti Asuhan Asyyamil di Batam, Indonesia. Seramai 40 peserta menyertai program ini yang menggabungkan aktiviti sukan dan usaha murni membantu anak-anak yatim. Sepanjang program, para peserta bukan sahaja bermain golf tetapi turut menyalurkan derma untuk tabung PEKAYA. Program ini berjaya mencapai objektifnya dan menghasilkan sumbangan bersih sebanyak RM15,000, sekali gus mengukuhkan usaha kebajikan PEKAYA.
