Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 17 January 2026

PROGRAM CSR KECERGASAN BERI PENGALAMAN BAHARU KEPADA ANAK-ANAK

PROGRAM CSR KECERGASAN BERI PENGALAMAN BAHARU KEPADA ANAK-ANAK

17 Januari 2026 – Bersempena sambutan Israk dan Mikraj, satu program berbentuk kecergasan fizikal telah d ianjurkan khas untuk anak-anak sebagai pendedahan kepada gaya hidup sihat dan berdisiplin.

Program yang dijalankan dengan kerjasama F1 Fitness Kuantan ini memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman memecah keringat melalui aktiviti senaman dan latihan mengangkat bebanan secara terkawal dan selamat dengan bimbingan jurulatih.

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja mencabar fizikal, malah membantu membina keyakinan diri, semangat kerjasama serta disiplin dalam kalangan anak-anak. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak F1 Fitness Kuantan atas kesudian meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan program ini. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada anak-anak.

Kategori Berkaitan

RIADAH PETANG
Oleh : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM AL-IHSAN DAERAH LIPIS
Tarikh : 01/08/2025
SAMBUTAN 20 TAHUN BANZ
Oleh : BADAN AMAL NUR ZAHARAH
Tarikh : 30/11/2025
YOGA @ BANZ
Oleh : BADAN AMAL NUR ZAHARAH
Tarikh : 21/09/2025
Golf Amal di Batam Indonesia
Oleh : PEKAYA
Tarikh : 21/09/2025