Akademik YASA-MUIP

Info Rumah

Sektor 2, Bandar Indera Mahkota 8,

25200

Kuantan

Galeri

Akademik YASA-MUIP

No. Pendaftaran : PPM-043-06-27032012

57 orang

Jumlah Pelajar

20 orang

Pelajar Lelaki

37 orang

Pelajar Perempuan

57 orang

Sekolah Menengah

0 orang

Sekolah Rendah

Pengenalan

Sejarah Penubuhan TPSHAS & AY-M – Persatuan Kebajikan Pengurusan dan Pendidikan, Akademi Yayasan Al-Sultan Abdullah – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Akademi YASA-MUIP), dahulunya dikenali sebagai Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah (TPSHAS), ditubuhkan atas titah ilham dan keprihatinan KDYMM Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah. Penubuhan institusi ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf di Negeri Pahang dengan menyediakan pendidikan yang lengkap dan holistik, agar mereka dapat menjadi individu yang berilmu, bertakwa, dan mampu memberi harapan kepada keluarga, agama, bangsa serta negara. Majlis perasmian TPSHAS telah disempurnakan oleh Almarhum KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada 12 Mac 2013. Pada tahun 2021, TPSHAS telah dijenamakan semula sebagai Akademi YASA-MUIP dengan misi baharu, iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Walau bagaimanapun, fungsi asal penubuhan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim dan asnaf tetap dikekalkan. Kini, Akademi YASA-MUIP berperanan sebagai pusat jagaan dan pendidikan bagi anak-anak yatim, asnaf serta golongan kurang berkemampuan dari seluruh Negeri Pahang. Matlamat penubuhannya adalah untuk memperkasa golongan ini agar mereka dapat menikmati peluang pendidikan yang berkualiti secara menyeluruh. Akademi ini kini berada di bawah naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Selain itu, Akademi YASA-MUIP turut menerima sokongan dan tajaan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), pelbagai agensi kerajaan, serta syarikat-syarikat korporat.

Visi

Membantu dalam melahirkan generasi golongan asnaf yang berpendidikan serta menjejakkan kaki ke Menara Gading.

Misi

Memperkasakan golongan yatim dan asnaf ke arah kecemerlangan pendidikan dan sahsiah diri. anak-anak
Tiada program tersenarai
April 2026
MODUL 5: MODUL KEMAHIRAN INSANIAH (SIRI 1) KURSUS ASAS BAHASA ARAB
April 2026
UNIT AKADEMIK : ACADEMY QUEST
April 2026
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AY-M 2026
April 2026
MAJLIS ANUGERAH AY-M PELAJAR CEMERLANG SPM 2025
March 2026
UNIT KESELAMATAN: GOTONG-ROYONG MEGA AY-M 2026
March 2026
UNIT KEROHANIAN : MAJLIS KHATAM QURAN AY-M 2026
March 2026
UNIT PENTADBIRAN: MAJLIS BERBUKA PUASA AY-M 2026
March 2026
MAJLIS KASIH RAMADAN, CAHAYA SYAWAL ANJURAN YAYASAN PAHANG
March 2026
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN ZAKAT WAKALAH
March 2026
MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN OUM & RTM

Maklumat Bank

Nama Bank : CIMB
Nama Akaun : Persatuan Kebajikan, Pengurusan Dan Pendidikan Akademi Yayasan Al-Sultan Abdullah, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
No. Akaun : 8602612007
Pilih Rumah Untuk Lawatan
Nama Badan / Individu Pemohon
Tujuan
Sila Nyatakan
Keterangan
Tarikh Cadangan
Nama PIC
No. Telefon PIC