
4 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H, telah berlangsung Majlis Nur Ramadhan: Menyinari Hati, Menyemai Kasih bertempat di Dewan Utama Dato’ Idris (DUDI), FELCRA Berhad Pahang.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Mohamad Rusli bin Bahari, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang bersama isteri serta Ts. Abdul Annas bin Mohd Shrif, Penolong Pengarah Negeri (Perladangan).
Pengisian rohani majlis telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Al Fadhil Ustaz Mohamad Idris bin Haji Derus, yang memberikan tazkirah penuh hikmah bersempena bulan Ramadan yang mulia.
Turut bersama memeriahkan majlis ini wakil-wakil institusi dan jemputan antaranya:
• Awang bin Mahadi – Timbalan Pengerusi Masjid Taul Akbar IM14
• Mohd Hafidz bin Mohamad Suhaile – Imam 1 Masjid Tengku Ampuan Afzan IM2
• Ustaz Che Wan Rosli bin Wan Khalid – Pengerusi Masjid PASDEC Makmur IM2
• YM Tengku Fathul Azizz bin Tengku Abd Muttalib – Mudir Maahad Tahfiz Muhammadi
• Nordin Othman – Pentadbir Akademi Tahfiz Al Ameen Aspa Cottage
• Ustaz Muhammad Farhan Syazwan bin Mohd Azmi – Maahad Tahfiz Noor Al-Abidin
• Dura Wahida binti Mohd Nordin – Pengetua Akademi YASA (MUTP Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah)
• Pn Maskhazila @ Tohirah bt Ismail – Timbalan Pengerusi Rumah Anak-Anak Nisa At Tohirah
Turut hadir Ketua-Ketua Unit serta Pengurus-Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Pahang yang bersama-sama menjayakan program penuh keberkatan ini.