
12 Mac 2026 bersamaan 22 Ramadan 1447 Hijrah
MAJLIS KASIH RAMADAN CAHAYA SYAWAL ANJURAN YAYASAN PAHANG
Akademi YASA–MUIP telah menghadiri satu jemputan daripada sempena Majlis Kasih Ramadan Cahaya Syawal anjuran Yayasan Pahang (YP) yang bertempat di Dewan Utama, Yayasan Pahang.
Majlis ini telah meraikan seramai 352 orang anak yatim serta penghuni institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui majlis berbuka puasa serta pemberian duit raya kepada para penerima.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi. Selain itu, Yayasan Pahang turut menyampaikan sumbangan tunai kepada empat buah institusi kebajikan terpilih sebagai tanda sokongan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menyemarakkan semangat Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi dan institusi yang terlibat.
“AKADEMI YASA–MUIP, PEMACU KEARAH MENARA GADING”