
13 Mac 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447 Hijrah
MAJLIS KHATAM AL-QURAN AKADEMI YASA–MUIP
Bersempena keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Akademi YASA–MUIP telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Surau Bakawali, AY-M.
Majlis ini melibatkan semua pelajar Akademi YASA–MUIP yang telah bersama-sama mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadan. Majlis ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, membentuk sahsiah diri yang berteraskan nilai-nilai Islam serta menggalakkan amalan membaca Al-Quran secara berterusan dalam kehidupan seharian.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan Al-Quran.
“AKADEMI YASA–MUIP, PEMACU KEARAH MENARA GADING”