
13 Mac 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447 Hijrah
MAJLIS BERBUKA PUASA KAKITANGAN DAN PELAJAR AKADEMI YASA-MUIP
Majlis Berbuka Puasa Kakitangan dan Pelajar Akademi YASA-MUIP telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Kolosium Bunga Raya AY-M. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan Akademi YASA-MUIP serta ahli keluarga. Majlis ini juga merupakan program tahunan Akademi YASA-MUIP yang wajib diadakan sebagai tanda penghargaan dan meraikan para pelajar sebelum pulang ke kampung, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan pelajar.
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengurus AY-M dan diteruskan dengan sesi penyampaian duit raya sumbangan peribadi daripada kakitangan AY-M kepada pelajar. Suasana majlis dipenuhi dengan kemesraan dan kebersamaan, sekali gus menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga AY-M.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Akademi YASA-MUIP.
“AKADEMI YASA-MUIP, PEMACU KE ARAH MENARA GADING”