Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : PEKAYA
Tarikh Program : 25 June 2025

Lawatan Ke Baitul Mukmin

PEKAYA telah mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitul Mukmin, pada 25 Jun 2025 yang lalu. Lawatan ke rumah gabungan ini adalah sebagai usaha berterusan mengeratkan hubungan PEKAYA dan rumah-rumah gabungan.
Lawatan ini telah diketuai oleh Yang Dipertua PEKAYA, Dato’ Sri Ishak, dan turut disertai oleh Setiausaha PEKAYA, Pn. Siti Salmah, serta barisan jawatankuasa iaitu Tn. Hj. Nordin, Tn. Hj. Abdul Rahman, En. Mat Sah dan Sdr. Zakhir.

Dalam lawatan tersebut, pihak PEKAYA menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 bagi membantu keperluan harian serta kebajikan penghuni rumah tersebut. Rombongan turut berpeluang mendengar taklimat pengurusan rumah dan meninjau kemudahan yang disediakan kepada anak-anak yatim.

Program ini mencerminkan komitmen PEKAYA dalam terus memperkukuh hubungan dengan rumah gabungan dan memastikan kebajikan anak-anak yatim sentiasa diberi perhatian.

Kategori Berkaitan

No data was found