Membina Generasi Berdaya, Memperkasa Ummah — menyelaras kebajikan, pendidikan dan tadbir urus rumah-rumah anak yatim di negeri Pahang.
PEKAYA adalah singkatan kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 8 Julai 2001 dengan nombor pendaftaran 976 di negeri Pahang.
Kami percaya setiap usaha kecil mampu memberi impak besar kepada masyarakat. Di PEKAYA, kami komited menggerakkan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam pembangunan insan, kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim.
Mari bersama-sama PEKAYA menjayakan usaha murni ini — sama ada melalui sumbangan, penyertaan program atau menjadi sukarelawan. Setiap sokongan anda amat bermakna.
PEKAYA sentiasa berusaha membina sahsiah anak-anak istimewa ini melalui pendidikan dan pelbagai aktiviti dengan sasaran melahirkan golongan profesional dalam bidang tertentu, menguasai ilmu dan kemahiran, berakhlaq mulia, berdaya maju serta berdaya saing, berjasa kepada bangsa, agama dan negara.
PEKAYA sentiasa berusaha membangun dan mengembangkan potensi golongan anak yatim dan miskin agar mampu menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Menjaga kebajikan anak-anak yatim di negeri Pahang.
Menggabungkan rumah-rumah anak yatim bagi tujuan menyelaraskan program dan aktiviti rumah-rumah gabungan.
Membantu mempertingkatkan tadbirurus rumah-rumah gabungan.
Menjadi pengkalan bagi membantu, menyelaras dan memudahkan urusan sumbangan dana dan lain-lain kepada rumah gabungan.
Sehingga bulan Oktober 2025, sebanyak 9 buah rumah anak-anak yatim telah bergabung di bawah PEKAYA.
