Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang (Sahabat Muqarrabin) mula ditubuhkan pada Disember 2015. Pada awal penubuhannya adalah untuk menguruskan pusat jagaan anak yatim dan asnaf perempuan Permata Al Kauthar yang beralamat di No. 2 Lorong 41, Taman Berjaya Permai, Kuantan Pahang. Rumah kebajikan ini mula beroperasi pada 3 Januari 2016. Rumah ini diasaskan oleh En. Mahadi bin Hj. Deraman bersama Al Fadzil Ustaz Hamdan Yusi bin Mohd Yusof dan Ustaz Norhamizi bin Jamaludin serta dibantu oleh tuan rumah yang mewakafkan rumah ini untuk penempatan anak-anak yatim dan asnaf. Sistem pengajian kami berkonsepkan asrama di mana anak-anak belajar di sekolah berdekatan manakala di rumah anak-anak akan diajar pelajaran agama termasuklah hafazan Al Quran dan kelas pengajian agama
Pertubuhan ini akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pusat penempatan yang lebih kondusif dan selesa agar kehidupan mereka akan terisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat yang boleh membina insan yang bertakwa. Insya Allah kami berusaha untuk membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak-anak asnaf yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agamanya. Kami berharap agar dengan usaha murni ini kehidupan mereka akan lebih terjamin pada masa depan
Membina jati diri dan potensi anak-anak yatim dan asnaf ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Menganjurkan aktiviti berunsurkan kebajikan dan pendidikan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah
Membela dan mendidik anak-anak yatim dan asnaf untuk mencipta masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang