Seramai 4 orang pelajar AY-M di bawah Persatuan Silat Cekak Harimau Malaysia Cawangan Kuantan, menyertai dalam Festival Silat Perguruan & Kejohanan Silat Terbuka Piala Cekak Harimau Malaysia Kebangsaan & Antarabangsa Edisi Ke-6 2026 bertempat di Balora Mastika, Bandar Jengka, Pahang. Penyertaan program ini telah memberi pelajar semangat kesukanan menerusi seni mempertahankan diri.
Dalam kejohanan yang berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2026 tersebut, barisan pesilat AY-M telah memamerkan prestasi yang amat membanggakan. Adik Ashraf Rohi berjaya merangkul Pingat Perak. Kejayaan ini turut dibangakan lagi dengan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar lain yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat Suku Akhir, Awal III, dan Awal I.
Sepanjang kejohanan berlangsung, kesemua pelajar telah memberi komitmen, disiplin, dan minat yang mendalam dalam menghadapi setiap perlawanan. Pihak pengurusan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, jurulatih, dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu.
Semoga pencapaian ini dapat memberikan nilai tambah kepada para pelajar, seterusnya melahirkan modal insan yang berketrampilan, berdaya saing, dan kompetitif dalam menguasai pelbagai bidang kemahiran.
“πΌππΌπΏπππ ππΌππΌ-ππππ, ππππΌπΎπ πππΌππΌπ ππππΌππΌ ππΌπΏπππ”
