Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 12 March 2026

Program Infaq Ramadan Menara Kuantan 188

KUANTAN, 12 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah dijemput untuk menghadiri Program Infaq Ramadan Menara Kuantan 188 yang dianjurkan oleh Menara Kuantan 188 dengan tajaan daripada Cameron Valley pada hari ini bersamaan 23 Ramadan 1447H.

Program tersebut telah berlangsung di Menara Kuantan 188 dengan seramai 10 orang anak-anak dari Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar dijemput hadir bagi memeriahkan program bersama para penganjur dan tetamu jemputan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diraikan dalam majlis iftar secara beramai-ramai dalam suasana penuh kemesraan dan kegembiraan. Program kemudiannya diteruskan dengan penyerahan sumbangan baju raya serta duit raya kepada anak-anak yatim dan golongan miskin sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Program ini diadakan bagi berkongsi rezeki serta menyebarkan kegembiraan kepada anak-anak yatim dan golongan miskin sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan memberikan keceriaan kepada mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, agar mereka turut merasai kemeriahan dan kebahagiaan seperti insan lain.

Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Menara Kuantan 188 serta Cameron Valley atas penganjuran dan sumbangan yang diberikan. Semoga setiap amal kebajikan ini menjadi saham akhirat, serta dilimpahkan keberkatan dan rezeki yang berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.

Kategori Berkaitan

SUMBANGAN DARIPADA UMPSA Holdings Sdn. Bhd.
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 10/03/2026
SUMBANGAN KEWANGAN DARIPADA TASKA/TADIKA PINTARKU COMEL
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 16/03/2026
Maklumat Program #3580
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh :
Majlis Iftar Ramadan Anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) SBU Asset Development – EAST
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 10/03/2026
MAJLIS IFTAR BERSAMA KELAB BIUS HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (ICU HTAA)
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 06/03/2026
MAJLIS BERBUKA PUASA DI PADANG MBK
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh :