
KUANTAN, 16 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan menerima sumbangan kewangan daripada Taska/Tadika Pintarku Comel pada hari ini bersamaan 27 Ramadan 1447H.
Penyerahan sumbangan berlangsung di Dewan Makan Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan, Pahang. Seramai tujuh orang kanak-kanak yang diiringi oleh tiga orang guru daripada Taska/Tadika Pintarku Comel telah hadir ke kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar bagi menyampaikan sumbangan dalam bentuk kewangan kepada pihak pengurusan.
Kehadiran rombongan tersebut bukan sahaja membawa sumbangan, malah turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil peluang serta menyemai nilai keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan miskin yang berada di bawah jagaan Kompleks Permata Camar.
Sumbangan ini bertujuan untuk berkongsi rezeki sempena bulan mulia Ramadan Al-Mubarak, di samping membantu menyediakan kemudahan dari segi kewangan bagi menyokong pengurusan serta kebajikan anak-anak di Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar.
Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Taska/Tadika Pintarku Comel atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan. Semoga segala amal kebajikan ini menjadi saham akhirat, serta dilimpahkan rezeki, keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.