Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 10 March 2026

SUMBANGAN DARIPADA UMPSA Holdings Sdn. Bhd.

KUANTAN, 10 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan menerima sumbangan bahan makanan kering daripada wakil pihak UMPSA Holdings Sdn Bhd pada hari ini bersamaan 21 Ramadan 1447H.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh empat orang wakil UMPSA Holdings Sdn Bhd yang diketuai oleh Puan Nurul Solehah. Penyerahan sumbangan telah disalurkan terus kepada pihak Kompleks diwakili oleh Ustaz Mohd Hadzmie yang berlangsung di kantin Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan, Pahang.

Sumbangan ini bertujuan membantu menampung kemudahan makanan harian anak-anak yatim dan golongan miskin yang berada di bawah jagaan Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UMPSA Holdings Sdn Bhd atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan. Diharapkan agar setiap pemberian ini menjadi saham akhirat buat para penyumbang serta menjadi asbab dilimpahkan rezeki, keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan. Semoga segala amal kebajikan ini diberkati serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus menyokong usaha kebajikan dalam membantu anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.

Kategori Berkaitan

SUMBANGAN KEWANGAN DARIPADA TASKA/TADIKA PINTARKU COMEL
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 16/03/2026
Maklumat Program #3580
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh :
Program Infaq Ramadan Menara Kuantan 188
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 12/03/2026
Majlis Iftar Ramadan Anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) SBU Asset Development – EAST
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 10/03/2026
MAJLIS IFTAR BERSAMA KELAB BIUS HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (ICU HTAA)
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 06/03/2026
MAJLIS BERBUKA PUASA DI PADANG MBK
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh :