Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 13 March 2026

Majlis Iftar Ramadan bersama Seafarer Management Centre

KUANTAN, 13 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah menerima kunjungan Majlis Iftar Ramadan bersama Anak Yatim dan Miskin Permata Camar yang dianjurkan oleh Seafarer Management Centre pada hari ini bersamaan 23 Ramadan 1447H.
Program tersebut telah berlangsung di Dewan Makan Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan, Pahang dengan kehadiran Pihak Seafarer Management Centre.

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai peluang kerjaya dalam bidang maritim, sekali gus memberi pendedahan awal kepada anak-anak mengenai potensi kerjaya pada masa hadapan. Program kemudiannya diteruskan penyampaian cenderahati serta duit raya kepada anak-anak Permata Camar, dan diikuti dengan majlis iftar bersama. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada wakil pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar iaitu Ustaz Mohd Hadzmie, sebelum para hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah dan majlis bersurai.

Program ini dianjurkan bukan sahaja untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama anak-anak Permata Camar sepanjang bulan Ramadan, malah bertujuan membuka pendedahan kepada peluang kerjaya masa hadapan, sekali gus memberi motivasi dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Seafarer Management Centre atas penganjuran program yang penuh bermakna ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat serta dilimpahkan keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan kepada semua yang terlibat.

 

Kategori Berkaitan

PROGRAM KERJASAMA SINGGAH SAHUR
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 07/03/2026
Majlis Iftar Bersama Keluarga Hj. Badaruddin Bersama Penghuni Dari 5 Buah Rumah Kebajikan
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 28/02/2026
MAJLIS DOA SELAMAT
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 01/02/2026
PROGRAM CHARITY FUN RUN 3.0 ANJURAN PERSATUAN PEKAYA PAHANG
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 04/10/2025
PROGRAM KEBAJIKAN DHS HOTEL
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 13/12/2025
PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI REMAJA
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 23/12/2025