Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 23 December 2025

PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI REMAJA

Kuantan, 23 Disember 2025 – Satu Program Pembangunan Jati Diri Remaja telah berjaya dianjurkan di Permata Camar menerusi kerjasama strategik bersama KBS Malaysia Kuantan dan AADK Kuantan.

Program ini bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memberi pendedahan awal kepada remaja tentang kepentingan gaya hidup sihat dan berdisiplin. Penglibatan program ini bukan sahaja melibatkan penghuni Permata Camar Nadwah, malah turut disertai oleh penghuni Permata Al Kauthar Kuantan, Rumah Anak Yatim Baitul Husna Kuantan serta Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar, Pekan, Pahang.

Selain itu, penyertaan turut dibuka kepada golongan sasaran dari sekitar Kuantan bagi memastikan manfaat program dapat dirasai secara lebih meluas oleh masyarakat setempat.
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan penuh pengisian bermanfaat serta diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama sebagai simbol kebersamaan dan ukhwah antara para peserta dan penganjur.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua agensi, rakan kerjasama serta individu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi remaja yang berdaya tahan, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Kategori Berkaitan

Majlis Iftar Ramadan bersama Seafarer Management Centre
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 13/03/2026
PROGRAM KERJASAMA SINGGAH SAHUR
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 07/03/2026
Majlis Iftar Bersama Keluarga Hj. Badaruddin Bersama Penghuni Dari 5 Buah Rumah Kebajikan
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 28/02/2026
MAJLIS DOA SELAMAT
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 01/02/2026
PROGRAM CHARITY FUN RUN 3.0 ANJURAN PERSATUAN PEKAYA PAHANG
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 04/10/2025
PROGRAM KEBAJIKAN DHS HOTEL
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 13/12/2025