Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program : 7 March 2026

PROGRAM KERJASAMA SINGGAH SAHUR

KUANTAN, 7 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah menjadi lokasi penganjuran Program Singgah Sahur yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama beberapa badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini pada hari ini bersamaan 18 Ramadan 1447H.

Program tersebut melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pahang, Muslim Relief Agency (MRA) Pahang, Belia Negeri Pahang, Belia Daerah Kuantan, Volunteer Team PERKIM, Belia PERKIM MRA, Permata Camar serta Persatuan Peguam Syarie Negeri Pahang. Program ini telah berlangsung di kawasan Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan, Pahang.

Sepanjang program berlangsung, para peserta daripada badan kerajaan dan NGO telah bergotong-royong menyediakan juadah sahur melalui aktiviti memasak bersama sebelum makanan tersebut diagihkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kuantan.
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah antara badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di samping menyemai semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan di daerah Kuantan. Program ini kemudiannya diakhiri dengan pengagihan makanan sahur ke beberapa kawasan sekitar Kuantan sebagai usaha berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya MUIP serta rakan-rakan NGO yang bersama-sama menjayakan program kebajikan ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat serta dilimpahi keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan kepada semua yang terlibat.

Kategori Berkaitan

Majlis Iftar Ramadan bersama Seafarer Management Centre
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 13/03/2026
Majlis Iftar Bersama Keluarga Hj. Badaruddin Bersama Penghuni Dari 5 Buah Rumah Kebajikan
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 28/02/2026
MAJLIS DOA SELAMAT
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 01/02/2026
PROGRAM CHARITY FUN RUN 3.0 ANJURAN PERSATUAN PEKAYA PAHANG
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 04/10/2025
PROGRAM KEBAJIKAN DHS HOTEL
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 13/12/2025
PROGRAM PEMBANGUNAN JATI DIRI REMAJA
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 23/12/2025