Kuantan, 4 Oktober 2025 – Penghuni dan seluruh warga Permata Camar Nadwah telah terlibat secara aktif dalam Program Charity Fun Run 3.0 anjuran Persatuan Pekaya Pahang dengan kerjasama Majlis Rekreasi Pahang (MRA), yang berlangsung di Taman Gelora, Kuantan.
Program yang dirasmikan oleh YDP Pekaya Pahang, YH Dato’ Sri DS Ishak itu berjaya menarik hampir 300 orang peserta yang hadir memeriahkan acara sambil menghayati semangat kebersamaan dan kebajikan.
Selain aktiviti larian, program ini turut diserikan dengan ceramah Anti Buli yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuantan serta sesi persembahan sajak oleh Tuan Haji Nordin, sekali gus memberi pengisian bermakna kepada para peserta.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak dari Baitul Husna Kuantan, Halaman Rasmi Akademik Yasa Mujip, Baitul Muslimin, Permata Al Kauthar Kuantan serta wakil-wakil daripada NGO dan agensi lain termasuk TNB, PBSM dan kelab-kelab NGO setempat.
Penyertaan dalam program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada anak-anak Permata Camar dalam aktiviti kemasyarakatan, malah menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara institusi kebajikan dan masyarakat.