Program / Aktiviti Rumah Gabungan

Kongsi:

Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh Program :

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PADANG MBK


KUANTAN, 4 Mac 2026— Rumah Anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim pada Rabu, 4 Mac bersamaan 14 Ramadan 1447 Hijrah bertempat di Padang MBK, Kuantan.

Dalam program tersebut, setiap penghuni diberikan RM20.00 bagi membeli sendiri juadah berbuka puasa mengikut selera masing-masing. Menariknya, terdapat dalam kalangan mereka yang berkongsi wang bagi mendapatkan makanan yang dihajati untuk dinikmati bersama-sama.

Selesai beriftar di padang, anak-anak seterusnya bergerak ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Pihak Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah berkongsi rezeki serta kebahagiaan bersama anak-anak di sini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita di dunia dan akhirat.

Kategori Berkaitan

SUMBANGAN DARIPADA UMPSA Holdings Sdn. Bhd.
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 10/03/2026
SUMBANGAN KEWANGAN DARIPADA TASKA/TADIKA PINTARKU COMEL
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 16/03/2026
Maklumat Program #3580
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh :
Program Infaq Ramadan Menara Kuantan 188
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 12/03/2026
Majlis Iftar Ramadan Anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) SBU Asset Development – EAST
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 10/03/2026
MAJLIS IFTAR BERSAMA KELAB BIUS HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (ICU HTAA)
Oleh : RUMAH ANAK YATIM & MISKIN PERMATA CAMAR
Tarikh : 06/03/2026