
KUANTAN, 10 Mac 2026 – Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Kuantan telah menghadiri Majlis Iftar Ramadan anjuran pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) SBU Asset Development – EAST pada hari ini bersamaan 21 Ramadan 1447H.
Majlis tersebut telah berlangsung di Imperium Residence, Kuantan Waterfront Resort City. Program ini melibatkan kehadiran anak-anak yatim dan miskin daripada Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar bagi memeriahkan suasana Ramadan bersama pihak TNB.
Penganjuran majlis ini bertujuan berkongsi rezeki dan kebahagiaan bersama anak-anak yatim dan miskin, di samping mengeratkan hubungan ukhuwah. Selain itu juga, turut diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada anak-anak yatim dan miskin, sebelum program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama pihak TNB.
Pihak Kompleks Anak Yatim dan Miskin Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) SBU Asset Development – EAST atas jemputan serta keprihatinan yang ditunjukkan kepada anak-anak yatim dan golongan miskin. Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini menjadi saham akhirat, serta menjadi asbab dilimpahkan rezeki, keberkatan dan kebaikan yang berpanjangan kepada semua yang terlibat.
