
KUANTAN, 4 Mac 2026 — Rumah Anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim pada Rabu, 4 Mac bersamaan 14 Ramadan 1447 Hijrah bertempat di Padang MBK, Kuantan.
Dalam program tersebut, setiap penghuni diberikan RM20.00 bagi membeli sendiri juadah berbuka puasa mengikut selera masing-masing. Menariknya, terdapat dalam kalangan mereka yang berkongsi wang bagi mendapatkan makanan yang dihajati untuk dinikmati bersama-sama.
Selesai beriftar di padang, anak-anak seterusnya bergerak ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Pihak Permata Camar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah berkongsi rezeki serta kebahagiaan bersama anak-anak di sini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita di dunia dan akhirat.